Ello all,
Ini sepatutnya entri penutup untuk malam tadi. Tapi memandangkan Cik Tenet sangat tenat, maka pagi ni barulah Ibu berkesempatan untuk post entry. Lauk ringkas yang tak perlu banyak bahan dan masa untuk disediakan. Lauk ringkas-ringkas pun, ada masa naik selera jugak. Mulanya Ibu nak masak sambal tumis, tapi Cik Asben pulak berhajat goreng kunyit. Amsyar pun okey.. so since 2 -vs- 1, goreng kunyit la jawabnya.
Okey, tak perlu buang masa.. tapi jika da yang berhajat dengan resepi mudah ni, bolehlah lihat di bawah.
Bahan-bahan;
Sekilo sotong bersaiz sederhana
(untuk 5 orang makan - selera besar)
Sebiji bawang besar
2 biji lada hijau
Sedikit cili api (optional)
Secekak kacang buncis
Serbuk kunyit
Garam
Cara-caranya;
1- Potong sotong mengikut saiz yang dikehendaki, cuci dan toskan.
2- Perapkan bersama serbuk kunyit dan garam seketika.
3- Sementara itu siang kacang buncis dan mayang bawang besar, lada hijau serta cili api.
4- Panaskan kuali, lalu masukkan sotong tadi dan digoreng tanpa minyak untuk mengeringkan airnya.
5- Apabila air sotong telah kering, masukkan sedikit minyak.
6- Goreng sotong untuk seketika, apabila sotong telah lembut masukkan kacang buncis.
7- Apabila kacang buncis telah sedikit lembut, bolehlah masukkan cili api, lada hijau dan bawang tadi.
8- Perasakan dengan garam (jika perlu)
9- Beres..
No comments:
Post a Comment