Beautiful Friends

Wednesday, June 13, 2012

Ikan bakar @ Souq Mubarakiyah

Ello all,

Sambil menyelam, minum air.. 
Marathon menyampaikan hajat kawan-kawan di Tanah Malaya. Sudah tentu jugak "makan-makan treat" untuk kami sekeluarga. Kalau bukan kerana kawan-kawan yang berkirim, sudah tentu Souq Mubaraiyah bukanlah agenda dan tempat pilihan untuk keluar makan-makan. Dalam cuaca panas seperti sekarang, anak-anak lebih selesa jika lepak-lepak di rumah atau indoor dining sahaja.

Tapi kalau dah sampai ke sini, tidak sah jika tidak melayan perut dan tekak. Ikan bakar, riyash, tikka, kufta, pelbagai makanan dari negara Pasir Berdengung dan akhir sekali teh pekat. Unfortunately, malam tadi Arif tidur awal tanpa sempat menikmati "riyash" yang menjadi makanan wajibnya setiap kali sampai ke sini.

Okey, jom kita layan apa yang ada..



The souvenir shop..
Me, dah jadi regular customer kat sini..



The seller of Yemen Honey (yang paling kanan tu fasih cakap Bahasa Melayu)
Madu Yemen Gred A1

One of the many abaya sellers..

Ulam jarjer.. pahit tapi sodap ni..

The WAJIB makan, riyash..

Roti yang hanya sedap ketika PANAS..

The rice shared between me and Cik Asben.. BUT.. Haazem can easily finished the whole portion..

The ikan bakar.. jangan mudah terpedaya dengan rupa yang kurang semenggah..
Orang Arab ni memang kuat dengan rempah-ratusnya, hatta tidak ada seinci pun dari ikan bakar ni yang tidak diliputi dengan segala jenis spices..
Licin sampai ke tulang.. sodapppp..

Teh pahit/kelat.. penutup makan malam kami.

The kufta maker.. dalam tidur pun dia boleh kepal kufta tu.. semua sama je saiz..

Last but not least.. ME.. with my new abaya with hoodie.. loving it..

Okey.. settle dah.. Ibu nak sambung kemas rumah pulak. Beg-beg semua nak kasi bawak turun. Mood nak mem-packing sudah mari. Sambil-sambil tu silalah berkenalan dengan Tamer Hosni. Mamat Mesir ni memang famous kat sini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...