Kenapalah panas sangat ni???
Nak tau macam mana cuaca kat Kuwait ni? Sila lihat di sini. Sampaikan dalam rumah pun terasa bahangnya. Aircon memang 24/7 tapi sesekali kena tutup jugak. Tak tahan sejuk la pulak. Tak cukup dengan panas, ribut pasir pulak di luar. Mujur hari ni dah kurang sikit. Jenuh dah mem-vaccum rumah 2-3 hari ni. Kalau tak di-vacuum, terasa lemas pulak dengan bau debu pasir. Walaupun semua tingkap dan pintu rapat di tutup, dah namanya pun "debu", jerlus jugaklah ke dalam rumah ni.
Tak cukup dengan mem-vaccum, segala benda nak kena mop, cuci. Adatlah.. tapi bila tinggal di negara Pasir Berdengung ni. Sebab itu jugaklah kita biasa lihat pelancung dari negara Gulf melancong ke Malaysia (negara-negara lain jugak) setiap kali tiba bulan June. Dia orang sendiri tak tahan dengan cuaca panas menyengit ni, apatah lagi kita.
Dalam keadaan panas seperti ini, alangkah sedapnya kalau dapat minum air kelapa muda. Rasa nyaman sahaja di tekak. So tadi, masa Ibu turun ke bakalah bawah apartment ni (Arif merengek nak beli jajan di bakalah), sempat la beli 2 biji (tin) air kelapa muda. Lepas simpan dalam fridge dalam 2 jam, baru Ibu layan. Memang best. Tapi tak laa sesedap yang "ori". Tapi tak apa, tak lama lagi Ibu dah nak balik Tanah Malaya. Time tu, semua "wish list" dan "wajib makan/minum" akan Ibu penuhi.
BTW, kalau ada nak tau macam mana rupa air kelapa (tin) yang Ibu minum tadi...
Produck of Thailand
Orang Malaysia tak mau try market sini ke??
Dalam pada tu, mengimpikan air kelapa muda yang "ori"
Tungguuuuu.. dapat jugak nanti tu..
No comments:
Post a Comment