Beautiful Friends

Saturday, June 9, 2012

Another endless week.. perintah berkurung.

Ello all,

Minggu ni Cik Asben kena rotation standby. Maknanya seminggu jugaklah kami semua kena perintah berkurung. Sebenarnya anak-anak lagi suka berkurung di rumah terutamanya bila dah masuk summer. Tak larat la nak keluar, waktu malam pun berbahang jugak. Tapi apakan daya, masa untuk pulang ke Tanah Malaya semakin hampir. Maka sudah tentu kami semakin bz bz bee untuk mencari dan membeli buah tangan and so forth untuk dibawa pulang.

Tapi, as I said. Memandangkan minggu ni Cik Asben kena standby, so seminggu jugaklah kami duduk di rumah sahaja. Anak-anak sudah tentu dengan gadget masing-masing. Cuma kalau ada apa-apa cerita menarik di tv, barulah masing-masing keluar menjenguk. Ataupun, kalau Cik Asben tukar angin nak bukak dvd melayan kerenah 3 heroes Ibu.

Akhirnya, Ibu jugaklah yang terperuk di dapur menunaikan hajat dari 3 + 1 kaum Adam di rumah ni. Ini kerana biasanya bila Cik Asben dalam tempoh "standby", confirm kena refill air teh suam paling kurang 2 teko, kalau mood baik.. ada laa cekodok ula-la sebagai jajan. Otherwise makan malam akan diawalkan lagi. 

Dalam masa yang sama kami semua termasuk Si Cinonet akan dilantik menjadi assistant tidak rasmi Cik Asben. Telinga dan mata semua kena peka.

Lappy Cik Asben tepi skali
Hat tengah Ibu punya
Sebelah kiri, open to public
Semua dok pakat teman ayah buat keja..

Walaupun zaman teknologi menawarkan gadget yang terkini, hanya ini yang kami mampu
So cliche..

Kami penyokong kuat "Ahmad Tea"
Di rumah ni ada macam-macam perasa, peach, strawberry, anggur, mangga & apple... etc..
Balik ni memang nak kena refill. Biasa sekotak boleh tampung kegunaan untuk 2 minggu sahaja.

Cekodok ula-la cap Adabi (nak menghabiskan stok sebelum balik)
Kudap-kudap waktu Cik Asben buat keja


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...