Assaalamualaikum all,
Kelmarin Ibu ada membaca 1 berita trajis tentang 3 remaja yang meninggal serentak akibat di langgar oleh sebuah van di dalam Cari Forums (wajib baca ni). Hanya seperti membaca mana-mana berita kematian, hanya "Al-Fatihah" sahaja yang mampu Ibu sedekahkan. Di dalam berita tersebut dinyatakan bahawa antara yang terkorban di dalam kemalangan tersebut adalah Yasmin Johari. Namun yang demikian, Ibu hanya membaca berita tersebut sepintas lalu sahaja.
Namun malam tadi Ibu dikejutkan dengan post seorang "seller" fridge magnet di Facebook yang mana Ibu telah mengenalinya buat sekian lamanya, Kak Sazlina Shahriman Shah. Rupa-rupanya mangsa (Yasmin Johan) adalah merupakan anak sulong beliau.
Tidak ada apa yang lebih tepat untuk Ibu gambarkan perasaan Ibu ketika itu. Harapan Ibu hanya, bertabahlah Kak Sazlina. Allah lebih sayangkan arwah. Adakalanya kita terpaksa melepaskan sesuatu yang amat bermakna kepada diri kita untuk sesuatu yang lebih baik.
Salam takziah dari kami sekeluarga untuk Kak Sazlina. Semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman serta agar Allah mempermudahkan urusan arwah di sana hendaknya. Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment