Assalamualaikum all,
Jejak sudah kami di Tanah Malaya. Jejak sudah juga
kami di kampong halaman. Alhamdulillah, hujan rahmat turun seperti menyambut
kepulangan kami sekeluarga. Anak-anak bukan kepalang suka bila hari hujan
kerana air hujannya bersih tidak seperti di Kuwait yang setiap kali hari hujan,
keadaan menjadi kotor disebabkan air hujan yang bercampur dengan debu pasir.
Halaman rumah yang menjadi lecak dek air hujan
tidak sedikit pun mematah semangat anak-anak untuk bermain di luar. Yang
terdengar hanya jerit suara Ibu lantaran khuatir kelak ada yang demam atau
selsema dek bermain air hujan. But boys will always be boys. Ada aku kisah,
janji happy kan kan kan.
Sebelum itu, seperti diramalkan ketibaan kami awal
dari dijangkakan. Kapalterbang Tok Syeikh tu tho’ dah taraf museum tapi “gagah”
weiii. ETA 1.30pm hari Jumaat lepas tapi jam 1.03pm kami dah jejak KLIA.
Itu pun depart from Kuwait dah delay almost setengah jam. Seronok sangat la anak-anak. 8 jam kaki terkedu dalam flight, bisa weiii..
jenuh dah Ibu ke hulu ke hilir masa dalam flight.
Walaupun bukan "Musang King", durian kampung pun dah cukup syukur..
RM10 sebakul.. cukup puas hati..
Then, semasa dalam perjalanan pulang ke kampong
banyak pulalah gerai-gerai yang menjual buah-buahan. Apa lagi, pucuk dicita
durian dan manggis pula yang mendatang. Mungkin bukan “Musang King” tapi
memadai untuk melepaskan hajat Cik Asben.
Pagi keesokannya, sebelum kami bertolak balik ke
Kelantan, demi menyampaikan hajat Haazem and Arif.. nak sangat “potong kek”.
Tapi bila dah disuruh potong, "malu" pulak katanya. “Kenapa nak kena potong
depan orang ramai?”. Alahai, anak jantan Ibu.. pemalu rupanya..
No comments:
Post a Comment