Ello all,
Jika anda di dalam kategori di atas, cuba-cubalah petua yang ada di bawah ni.
1- Elak memakai
stokin dari nylon, guna stokin diperbuat dari kapas supaya tidak berkuap. Pakailah
sarung kaki dari bahan kapas atau benang bulu yang dapat membantu kaki tetap
kering.
2- Jika kasut anda
lembap, jemur di bawah panas matahari untuk mengeringkannya. Jangan pakai kasut
yang lembap nanti kaki berkulat.
3- Sediakan lebih
dari sepasang kasut begitu juga dengan stokin kalau boleh sehari satu stokin
berlainan.
4- Amalkan membasuh
kaki dan sabun dengan sabun antibakteria selepas membuka kasut setelah seharian
memakainya.
5- Jika kaki anda
masih berbau, amalkan merendam kaki kedalam air suam selama 10-15 minit dan
gosok di bahagian celah-celah jari bagi membuang kotoran.
6- Sekiranya
masalah kaki berbau masih berlarutan, cuba petua ini, didihkan 3 cawan air
bersama 3 uncang teh dan dicampurkan dengan setengah baldi air sejuk kemudian
rendamkan kaki dalam air tersebut bagi menghilangkan bau tersebut.
7- Ambil sebiji limau nipis dan gosokkan dibahagian kaki. Kalau boleh
amalkan setiap hari dan ia amat berkesan untuk mengatasi masalah kaki berbau.
8- Boleh juga beli
bedak antiseptik dan taburkan di dalam kasut atau sapu di bahagian kaki setiap
kali sebelum memakai kasut. Bedak ini mampu menyerap peluh dan mengurang kaki
berbau.
9- Setelah
mandi, selalu keringkan kaki secara menyeluruh.
10- Pakailah
kasut yang terbuat dari bahan seperti kulit. Ini memungkinkan kaki dapat
bernafas sehingga terhindar dari bau yang disebabkan keringat.
11- Hindari
memakai kasut yang sama dua hari berturut-turut. Oleh kerana kaki mengeluarkan
peluh yang banyak, kasut memerlukan waktu untuk kering.
12- Ganti
sarung kaki sekali atau dua kali sehari.
13- Bersihkan setiap kulit kaki yang mati dari telapak kaki, basuh kaki dengan air
hangat dan keringkan secara menyeluruh.
Akan tetapi, jika masalah
kaki berbau ini berlarutan, jangan tunggu lagi, jumpa la doktor bagi mengetahui
cara yang lebih berkesan bagi mengatasi masalah kai berbau. Jangan biarkan kaki
berbau menggangu kehidupan kita seharian.
No comments:
Post a Comment