Beautiful Friends

Sunday, June 3, 2012

Gulai ayam dengan nangka


Ello all,

Ibu nak share-lah 1 lagi resepi lauk-pauk tradisional orang Melayu dahulu kala. Sekali sekala pekena lauk macam ni, naik jugak selera. Tambahan bila duduk jauh di perantauan ni, sememangnya lauk-lauk yang sebeginilah yang kita ingat, kita berhajat. No offense to anybody, bukan semua juga yang suka lauk-lauk yang "renyah" sebegini. Tapi bagi keluarga Ibu, alhamdulillah. Ini pun sudah memadai.

Mujur kedai "Pinoy" kat bawah office Cik Asben tu ada pulak jual nangka ari ni. Kalau tidak, mungkin kena rombak menu la jugak hari ni.

Okey, jom semak resepi (pada yang berhajatlah).

Bahan-bahan;
1/2 biji nangka muda
Seekor ayam - sederhana besar
Cili api secukup pedas
Serbuk kunyit
3 batang serai
1 tin santan pekat
Sedikit air

Cara-caranya;
1- Nangka dipotong sederhana besar. Direbus hingga lembut. Toskan dan ketepikan.
2- Ayam disiang, dipotong mengikut saiz/besar yang dikehendaki.
3- Cili api dikisar hingga hancur, tapis dan ambil airnya sahaja.
4- Masukkan air cili dan serbuk kunyit ke dalam bekas yang sesuai untuk menggulai.
5- Kemudian masukkan santan dan sedikit air, jika kuah terlalu pekat.
6- Kacau selalu hingga kuah mendidih.
7- Masukkan ayam dan masak hingga lembut.
8- Setelah itu masukkan nangka yang telah direbus tadi.
9- Perasakan dengan garam.
10- Selesai sudah.

Nota kaki :
Semasa hendak memotong nangka, lumurkan mata pisau dengan minyak terlebih dahulu agar getah nangka tidak melekat pada mata pisau.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...