Assalamualaikum all,
Menyampaikan hajat Cik Asben. Sememangnya Ibu tak pernah masak masakan yang sebegini. Jenuh jugaklah Cik Asben men-"described" cara-cara nak masak lauk ni. Memang tak tercapai dek akal ku. Mungkin pada mereka yang berasal dari sebelah Pantai Timur, masakan ini sudah biasa.. namun sebaliknya pada Ibu. Tapi memandangkan Cik Asben gigih pergi ke pasar ikan mencari ikan selar segar, balik ke rumah pulak.. siang ikan (memang itu tugas dia pun), maka Ibu cuba sahajalah. Harap-harap mencapai spesifikasi tekak Cik Asben.
Alhamdulillah, berkat campak-campak.. senyum kekenyangan jugaklah Cik Asben akhirnya. Untuk percubaan kali pertama, Ibu cuma guna secekak pucuk paku, anggaran dalam 250gram. Akhirnya, bukan setakat Cik Asben, Ibu sendiri pun layan tekak dan selera. Sesekali berubah selera, memang sedapppp.. Cuma, yang dah biasa dengan pedas (macam Ibu), makanya.. kuranglah sedikit kuantiti nasi. Jika tidak...
Jika ada yang sudi berkongsi rasa, bolehlah lihat resepi di bawah.
Bahan-bahan;
Seekor ikan selar
Secekak pucuk paku (anggaran 250gram)
250 liter santan pekat
Sedikit air
Cara-caranya;
1- Ikan selar dicuci lalu direbus seketika. Apabila telah masak/lembut, toskan airnya lalu diambil isinya sahaja.
2- Masakkan kuah lemak putih dengan memasukkan santan dan sedikit air ke dalam bekas yang sesuai.
3- Gaul selalu agar kuah tidak meruap.
4- Sementara itu siang pucuk paku, ambil bahagian yang lembut sahaja. Bilas dan toskan.
5- Apabila kuah lemak telah mendidih, masukkan isi ikan selar yang telah dicarik-carikkan.
6- Gaul serata sebentar, lalu kemudian masukkan pula pucuk paku yang telah disiang tadi.
7- Perasakan dengan garam.
8- Beres..
Nota kaki;
Rasa macam makan kuah laksam la pulak.. hurmm??
No comments:
Post a Comment